PENYAKIT AKUT

Rujuk:

A. MATM/BPK-UBAT/10010 bertarikh 24 Nov 15.

Penyakit akut (Acute Illness/Disease) bermaksud sejenis penyakit yang
timbul secara tiba-tiba dalam tempoh masa yang singkat dan kebiasaannya
akan sembuh dalam masa yang singkat. Tempoh masa yang diperakui adalah
kurang 6 bulan dari tarikh bermulanya penyakit tersebut.

Contoh seperti berikut:

a. Demam, Batuk, Selesema.
b. Kecederaan luaran/dalaman.
c. Jangkitan kuman dalam darah/air kencing/sistem pernafasan
d. Serangan jantung.
PENYAKIT KRONIK

Rujuk:

A. MATM/BPK-UBAT/10010 bertarikh 24 Nov 15.

Apabila penyakit akut ini berlanjutan melebihi tempoh 6 bulan dari
bermulanya penyakit tersebut, maka ianya akan dikategorikan sebagai
kronik. Kebiasaannya penyakit kronik memerlukan rawatan susulan
berpanjangan dan mungkin ke akhir hayat.

Contoh seperti berikut:

a. Penyakit Metabolik (Darah Tinggi, Kencing Manis, Tahap Kolestrol
Tinggi (Hyperlipidemia), Obesiti).
b. Lanjutan daripada penyakit akut, ataupun komplikasi daripada penyakit
akut.

OKU

Rujuk:

A. Laman sesawang rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
http://www.jkm.gov.my

Definisi
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang
mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau
deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".

Kod bagi kategori OKU

a. DE - Pendengaran
b. BL - Penglihatan
c. SD - Pertuturan
d. PH - Fizikal
e. LD - Pembelajaran
f. ME - Mental
g. MD - Pelbagai